Wednesday, 1 July 2009

Snowy Heart Cookies

Snowy Heart Cookies

Sumber : Peti Besi Resipi.net

Bahan-Bahan
500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600 – 800 gm tepung gandum (sampai boleh dicanai)
16 oz ghee (1 tin ghee yg kecik) -448gm
12 oz gula aising (1 oz = 28 gm) – 336gm
1 sudu teh soda bikarbonat
Susu Nespray

Cara Menyediakannya:
1. Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
2. Pukul ghee dan gula halus hingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati. Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit-sikit dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
4. Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana
5. Bila dah masak sira dengan susu Nespray. Biskut ni bila dah masak jadi putih, tak yah bakar sampai kekuningan.

Note : aku dah ubah suai sket, letak s.bery paste & s.bery colour sket.
Ni biskut pertama aku buat jual 2 thn lepas. Alahamdulilah laris..:)

0 comments: