Saturday, 30 May 2009

Kek Sarang Semut @ Gula Hangus

Kek Sarang Semut

Baru kuar oven...
Kek Sarang Semut ni di order oleh kak ros merangkap jiran belakang umah utk kenduri arwah abg iparnye. Dia order 3 bj, alhamdulilah semua menjadi dan bersarang. takut gak aku sebab kdg2 buat kek ni dia mcm tak bersarang gitu.
Hr ni aku rajin jadi aku letak resipi.
Kek Sarang Semut (Kredit to myresipi)
Bahan-Bahan
2 cwn gula
2 cwn air
8 biji telor
2 cwn tepung gandum
1 tin susu pekat manis
3 sudu butter
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
1. Panaskan gula dan kacau hingga keperangan (hancur).
2. Perlahankan api dah masuk air tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga semua larut. Tutup api.
3. Masukkan butter dan biarkan sejuk.
4. Pukul telor dan esen vanila hingga kembang dan masukkan susu pekat manis dan diikuti dengan tepung dan soda bikarbonat. Pukul sebati.
5. Kemudian masukkan gula hangus tadi. Pukul rata.
6. Perap 3-4 jam (tp aku perap 2 jam jer hehehe)
7. Bakar hingga masak.

0 comments: