Thursday, 14 August 2008

Tart

Tart nanas & Tart Dahlia
Tart aku lagi
Tart tgl sket..hehehe bnyk plak peminatnyer

Kali ni entry psl makanan pulak ye..aku buat tart nanas. Resipi amek dr FP Kak Hanieliza. Tq kak liza...


Resipi Tart Nanas Hanieliza

Bahan-Bahan

60 gm butter

190 gm majerin 70 gm gula halus

1 biji kuning telur

1 s/k esen vanilla

350 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung


Jem Nenas.. boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek


Bahan Glaze/pengilat 2 kuning telur 2 s/kecil air pewarna kuning


Cara.

1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.

4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.

5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.

6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.

7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.

8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.

9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.

10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

0 comments: