Wednesday, 12 August 2009

Jalan-Jalan Kuching Part 2

ABC Special

Sotong Kangkong

Me & nina - ms ni tgh tgu ABC smpi (muka pon dah berminyak hehehe)

Kak Dee kat kaunter tgh order makanan

Selepas penat duk cuci mata dan juga cuci poket selama 1 jam ++ kat kedai bahan2 kek tadi Kak Dee bw kami pegi makan - sotong kangkong & ABC special. Sedapnya ABC special tu ahakssss... sebab bnyk susu hehehe..sambil makan kami borak2. Borak pasal apa tau...pasal KEK LAPIS hahaha...Lps mkn tu kami balik ke rumah Kak Dee untuk berehat sebab mlm tu ada agenda lain pulak....:))

Jalan-Jalan Kuching Part 1

Me at Senai Airport

Me & Nina
Minah ni temenung jauh..ahaksssss

Kuching Town
Kuching Town

Salam hari Selasa..

Kali ni aku nak cite pasal trip aku ke Kuching, Sarawak. Plan nak pegi dah lama dahhh… sampai cancel2 tiket pun ada hehehe.. plan asal nak pegi 4/7/09 tp disebabkan ada aral melintang jadi terpaksa ditunda la yek. So pada 3/8/09 maka terbanglah aku ke bumi kenyalang bertemankan si SL@nina. Flight dr Senai jam 1235pm dan smpi ke Kuching pd jam 1.15 pm. Tujuan utama nak ke Kuching adalah untuk menyoping barang2 untuk membuat kek lapis :) dan juga jalan2 cari mkn.
Sebelum pegi tu aku ada bgtau seorang kenalan di alam maya ini yg aku akan ke Kuching, beliau dgn murah hati tgh mengofferkan diri utk membawa aku pusing2 bandar Kuching. Terharunya rasa hati dia sanggup ambil cuti sebab nak bawa kami jalan2. TQ sooo much Kak Dee. Kami juga menginap di rumahnya, Tq sekali lagi. Schedule asalnya aku dan nina akan ke Bandar Kuching dgn taxi memandangkan hari kami tiba tu Kak Dee bekerja (yelah dtg hr Isnin kan) dan ptg selepas Kak Dee habis bekerja dia akan jemput kami. Tapi masa Senai Airport masuk satu sms dr Kak Dee yg mengatakan kami tak payah ambil taxi dia akan jemput kami…hahaha TQ Kak, jasa mu dikenang.
Destinasi pertama kami selepas Kak Dee menjemput kami di airport adalah kedai bahan2 kek di Bandar Kuching. Sori ye kwn2 gambar kat kedai tu tak sempat nak snap sebab aku gila kejap tgk Loyang dan bahan2 buat kek lapis di situ hehehe…
Emm pekata korang layan gambo2 ni dulu ek..aku ada keje sket nak buat :)

Wednesday, 5 August 2009

Majlis Perkahwinan

Bunga pahar handmade & sponsor by my biras

Pengantin ms mlm berinai

me & pengantin

Sebelum bersanding

Pengantin & saudara mara

Majlis potong kek kahwin

Lps bersanding pengantin kene menari kejap hehehe

Pengantin berpeluk dgn sanak saudara sebelum dibawa pulang ke rumah pihak lelaki

Mgu lps hari jumaat 31/7/09 anak saudara ku yg tersayang telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya. Apa yg aku nak kongsikan dgn korang semua ialah majlis ini dibuat mengikut adat melayu dan juga punjabi. Anak saudara ku itu mix antara melayu & punjabi dan pasangannya pulak memang punjabi maka dapatlah aku merasa suasana perkahwinan dua bangsa yg berbeza.
Majlis pernikahan dilakukan selepas asar dan pada sebelah malamnya pulak majlis berinai diadakan mengikut adat melayu (siap ada bunga api lagi). Selepas berinai dah sessi bergambar, ada acara tarian bangra (betul ke aku eja tu), sampai jam 1 pg tau.
Esok pulak majlis bersanding bermula pd jam 12 tghari mengikut adat punjabi. Apa pun aku seronok sebab dpt tgk benda baru. Ini adalah sedikit gambar di majlis perkahwinan anak saudara ku itu. Selamat Pengantin Baru Shila & Ashwal...semoga bahgia selalu dan kekal hingga ke akhir hayat.

Wednesday, 29 July 2009

Project Kek Lapis...

Kek Lapis Corak (takde nama lagi..hehehe)

Kek Lapis Corak lagi...(korang bg la nama yg sesuai)


Kek Lapis Asam Manis

Kek Lapis Evergreen

Kek Lapis Oren Peanut Butter

Kek Lapis Oreo 3 Rasa

Kek Lapis Tembikai


Kek Lapis Blueberry

Antara kek lapis yg aku buat utk anak sedara aku. Mcik dia nak practis buat kek banyak2 latihan untuk buat kek masa nak raya nanti - Insyaallah. Mudah-mudahan aku diberi kesihatan yg baik mcm thn2 sebelumnya ketika bulan ramadhan. Tahun ni tak nak ambik order berlebihan takut tak terbuat nanti :), kita tak tahu kesihatan kita mcm mana di masa akan dtg.
Korang layan la gambar ek..gambar tu kwn baik aku yg tlg editkan jadi nampak la lawa dan berseri kek aku mcm tuan nya ahakssssssss....pasan jap hahahaha

TQ utk kwn aku yg tlg editkan gambar...:)


P/s: nak order utk raya? :) sila email or sms ye...

Tuesday, 28 July 2009

Lapis Mix Fruit




Permukaan kek lapis mix fruit

Ini ntara project kek lapis utk perkahwinan anak sedara aku. Aku buat 10 bj kek dan td da selamat aku pos ke KL. Untuk entry kali ni aku masuk kan dulu kek lapis mix fruit @ buah2an campur. Resipi dr buku Pn. Rabiah Amit. Emm..resipi nak jugak ke? hehehe..aku masuk kan nanti la ek, aku nak suruh korang jamu mata dulu...ahaksssssss


P/s: nak order utk raya? amatlah dialukan...:)

Lunch Hr Ahad

Kari Ikan

Ketam goreng

Tumis asam tempe & petai

Ni lunch utk hr ahad lps. Bgn kol 4am (hr bgn kol 4 am tu huhuhu) sebab nak sediakan bahan2 utk buat kek lapis. Lps subuh start melapis. stop kejap kol 10 utk prepare lunch. Ni yg aku sempat msk...nak cpt so lauknya pun simple2 je. Siap masak sambung melapis lagik...

Jemputan dr Nina

aku, nina & anak2 nina. korang nak tau tak..sepanjang aku kenal nina br la mlm tu aku nampak dia pakai baju kurung ahakssssssss....rasa mcm tertukar baju plak ek na :)

Taraaaaa...puding jagung aku...:)

Hr Jumaat di jemput oleh nina@ SL sebab dia ada buat majlis tahlil. Niat di hati cuma nak hantar sedikit buah tangan hasil dr tangan ku yg keras kejung ni hahaha...tp kene tahan dgn polis trafic daaa..so duk la aku kat sana smpi kol 9 lebih. G balik keje tu cuma nak hntr puding jagung berkuah yg aku buat, aku buat puding tu ms lunch hour hehe..sempat tu aku lari balik umah kejap. Smpi mlm aku duk kat umah nina tu, aku sorang je pakai t-shirt n jeans..ko buat aku malu tau na..hehe

Makanan sdp2 korang...ada asam pedas, lemak nangka, sambal goreng, ayam goreng, ulam2, sambal belacan & ikan kering. So layanz pic..

P/s: pic lauk pauk tu kene tgu tn umah masuk blog dia ek...:)