Salam..
Selamat berpuasa untuk semua rakan2 yg sudi berkunjung ke sini. Tahun ni spt biasa saya ada membuat jualan kek lapis untuk Hari Raya. Pada mulanya tahun ini niat saya untuk menjual kepada saudara mara sahaja, tetapi atas permintaan rakan2 yg ingin merasa kek lapis saya maka saya turutkan permintaan itu. Terima kasih kepada sahabat saya - Nina (http://sweetlilykitchen.blogspot.com) yg selalu memberi saya semangat utk melapis thn ini. Terima kasih juga untuk guru2 kek lapis - saya Kak nomie, Kak Dee & Kak Dayang atas tunjuk ajar yg diberikan.
Wednesday, 19 August 2009
Selamat Berpuasa
Posted by Juzailah @ Zai at 12:29 0 comments
Wednesday, 12 August 2009
Jalan-Jalan Kuching Part 4
Posted by Juzailah @ Zai at 15:18 0 comments
Labels: corat-coret
Jalan-Jalan Kuching Part 3

Lps mkn mlm kat umah Kak dee, aku dan nina di bawa ronda2 bandar Kuching. Sebab ada sorang minah ni nak sgt begambo kat kucing beso ahaksssss....sapo lagi? si nina tu le. Dr Jb lagi dok sibuk dgn kuching beso tu hah..Kak Dee bg kita org puas2 begambo dgn kucing beso. G jugak tgk bangunan dewan undangan negeri sarawak yg baru tu..lawa gak. Kak Dee bawa gak kita org g tgk umah lawa2..umah org beso2, org kaya2 hehehe
Mlm sebelom tido borak2 lagi smpi kol 12 lebih..mata aku dah layu dah penat pun ye jugak. Borak pasal resipi kek lapis dan jugak pasal novel2 baru..
Pstt..korang nak tau aku p Kuching kali ni dgn satu beg penuh dgn novel tauu...hehehe
Posted by Juzailah @ Zai at 14:59 0 comments
Labels: corat-coret
Jalan-Jalan Kuching Part 2

Selepas penat duk cuci mata dan juga cuci poket selama 1 jam ++ kat kedai bahan2 kek tadi Kak Dee bw kami pegi makan - sotong kangkong & ABC special. Sedapnya ABC special tu ahakssss... sebab bnyk susu hehehe..sambil makan kami borak2. Borak pasal apa tau...pasal KEK LAPIS hahaha...Lps mkn tu kami balik ke rumah Kak Dee untuk berehat sebab mlm tu ada agenda lain pulak....:))
Posted by Juzailah @ Zai at 09:45 0 comments
Labels: corat-coret
Jalan-Jalan Kuching Part 1

Salam hari Selasa..
Kali ni aku nak cite pasal trip aku ke Kuching, Sarawak. Plan nak pegi dah lama dahhh… sampai cancel2 tiket pun ada hehehe.. plan asal nak pegi 4/7/09 tp disebabkan ada aral melintang jadi terpaksa ditunda la yek. So pada 3/8/09 maka terbanglah aku ke bumi kenyalang bertemankan si SL@nina. Flight dr Senai jam 1235pm dan smpi ke Kuching pd jam 1.15 pm. Tujuan utama nak ke Kuching adalah untuk menyoping barang2 untuk membuat kek lapis :) dan juga jalan2 cari mkn.
Sebelum pegi tu aku ada bgtau seorang kenalan di alam maya ini yg aku akan ke Kuching, beliau dgn murah hati tgh mengofferkan diri utk membawa aku pusing2 bandar Kuching. Terharunya rasa hati dia sanggup ambil cuti sebab nak bawa kami jalan2. TQ sooo much Kak Dee. Kami juga menginap di rumahnya, Tq sekali lagi. Schedule asalnya aku dan nina akan ke Bandar Kuching dgn taxi memandangkan hari kami tiba tu Kak Dee bekerja (yelah dtg hr Isnin kan) dan ptg selepas Kak Dee habis bekerja dia akan jemput kami. Tapi masa Senai Airport masuk satu sms dr Kak Dee yg mengatakan kami tak payah ambil taxi dia akan jemput kami…hahaha TQ Kak, jasa mu dikenang.
Destinasi pertama kami selepas Kak Dee menjemput kami di airport adalah kedai bahan2 kek di Bandar Kuching. Sori ye kwn2 gambar kat kedai tu tak sempat nak snap sebab aku gila kejap tgk Loyang dan bahan2 buat kek lapis di situ hehehe…
Emm pekata korang layan gambo2 ni dulu ek..aku ada keje sket nak buat :)

Posted by Juzailah @ Zai at 09:33 0 comments
Labels: corat-coret
Wednesday, 5 August 2009
Majlis Perkahwinan
Bunga pahar handmade & sponsor by my biras

Mgu lps hari jumaat 31/7/09 anak saudara ku yg tersayang telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya. Apa yg aku nak kongsikan dgn korang semua ialah majlis ini dibuat mengikut adat melayu dan juga punjabi. Anak saudara ku itu mix antara melayu & punjabi dan pasangannya pulak memang punjabi maka dapatlah aku merasa suasana perkahwinan dua bangsa yg berbeza.
Majlis pernikahan dilakukan selepas asar dan pada sebelah malamnya pulak majlis berinai diadakan mengikut adat melayu (siap ada bunga api lagi). Selepas berinai dah sessi bergambar, ada acara tarian bangra (betul ke aku eja tu), sampai jam 1 pg tau.
Esok pulak majlis bersanding bermula pd jam 12 tghari mengikut adat punjabi. Apa pun aku seronok sebab dpt tgk benda baru. Ini adalah sedikit gambar di majlis perkahwinan anak saudara ku itu. Selamat Pengantin Baru Shila & Ashwal...semoga bahgia selalu dan kekal hingga ke akhir hayat.
Posted by Juzailah @ Zai at 16:33 0 comments
Labels: corat-coret
Subscribe to:
Posts (Atom)