Saturday 30 May 2009

Apam Mekar

Apam Mekar

Buat utk minum ptg. Alhamdulilah dia mekar mcm bunga di taman..kdg2 buat tak jadi tau ble sakit jiwa aku di buatnyer. Ambil resipi ni kat blog kak hanieliza. TQ soo much kak Liza...

Apam Mekar (kredit to Kak Hanieliza)

Bahan 250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate
pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.

NOTA:jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..

0 comments: